Pentingkah romantik di kalangan suami?

Sangat memeningkan kepala jika anda cuba memikirkan sejenak masalah umat Islam yang boleh merusakkan generasi Islam sekarang dan akan datang dengan secara halus iaitu PENCERAIAN.

Statistik menunjukkan dalam tempoh enam tahun lalu, telah terdapat lebih 274,000 pasangan Islam di bercerai.

Keadaan ini amat membimbangkan dan berbagai cara telah diusahakan oleh pihak berwajib untuk membanteras isu ini. Terjadinya isu ini adalah kemungkinan besar kurangnya pengetahuan terhadap cara untuk mengukuhkan keharmonisan rumah tangga antara suami dan isteri.

Malah, sifat ego dan marah adalah antara sifat yang perlu dihindarkan dalam rumah tangga. Pernah tidak anda membaca buku Man from Mars, Women from Venus?

Dalam buku tersebut dinyatakan bahawa kedua-dua peria dan wanita ini memang tidak akan sama, tetapi mereka bisa bahagia kalau mereka menjalankan peranan masing-masing.

Oleh itu, pasangan suami isteri di luar sana tidak perlu risau kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Terdapat berbagai cara yang boleh mengharmoniskan rumah tangga anda dan salah satunya adalah tips mudah seperti di bawah.

Tips mudah untuk menyemarakkan rumah tangga:

1) Kadang-kadang isteri hanya mahukan PERHATIAN. Sebab tu adalah lumrah perempuan. Kemungkinan yang membedakan antara mereka adalah dari segi KEAKERBAPAN memerlukan perhatian. Setiap jam kah? Setiap hari kah? Suami harus mengesan isteri mereka jenis yang seperti apa.

2) Salah satu cara suami boleh memberi perhatian adalah dengan menghubungi isteri. Apalah salahnya suami telefon isteri basa-basi bertanya keadaan isteri ketika waktu istirahat bekerja ataupun berdakwah. Lafazkan kata-kata indah seperti I Love You, I Miss You dan ayat-ayat lain yang romantis.

Kalau bukan setiap hari pun, seminggu sekali Suami wajib belajar menunjukkan perasaan sayang kepada isteri. Sedikit romantis tu, ada sikit pun jadilah.

3) Isteri pula kena kurangkan perasaan melayan perasaan dengan berprasangka buruk terhadap suami. Kemungkinan, isteri boleh mulakan terlebih dahulu suasana romantik. Contohnya, isteri boleh menghantar pesanan ringkas macam ini:

“Hurm… rindu pulak dekat abang.. Abang pulang nanti saya masak makanan kegemaran abang eh.. nanti dah free, tlpn suami kasi tau masakan apa yang mau saya masak…

Memang lah nampak macam lebay. Tapi nama hubungan HALAL. Percaya lah hati kita pun akan aman dan tenang. Memang mudah untuk berucap, tetapi anda jangan lupa bahawa rumah tangga adalah tempat syaitan paling suka menganggu kehormanisan suami dan isteri.

Lemahnya emosi kita, lemahnya iman kita, termakanlah kita dengan hasutan syaitan dan iblis. Bertepuk tangan lah mereka apabila kita suami isteri menyahut bisikan mereka.

Jikalau bahagia seperti apapun kita, jangan sesekali lupa untuk mendoakan kehormanian rumah tangga kita hingga akhir hayat daripada Allah SWT kerana anda sentiasa perlu ingat bahawa syaitan tidak pernah leka dan letih untuk meruntuhkan rumah tangga umat Islam.

Sebagai kesimpulan, marilah kita mengambil pengajaran daripada petikan Hadis Riwayat Ahmad:

“Adalah Rasulullah SAW tidaklah berlalu setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran baginda, lalu baginda bermalam di sana.”

Romantis sungguh Rasullullah SAW terhadap isteri-isteri baginda. Kita sebagai suami? Cuba renung-renungkan.
Tag : Artikel, Muslim
0 Komentar untuk "Pentingkah romantik di kalangan suami?"

Back To Top